Sunday, October 17, 2010

My Truly Angel

Assalamualaikum.

dear blog,

Awal2 dah speaking mat salleh yaacoob. hahha. ape kabo? sehat blog? aku tahu kau tak pernah sakit. takpe la nak wat camne kan kau takde badan. hahaha lagi mengarut.

Blog, tadi aku kuar ngan kawan aku lewat malam, minum2 cerita kedai kopi. huhuh kesian kawan aku ada masalah ngan gf baru dia. baru kenal 2 minggu tp dah ada masalah. problem dia adalah gf tak percaya atau lebih tepat lagi tak yakin dengan kawan aku ni. kesian la plak kawan aku ni kan. huuhuh malas nak citer sapa nama kawan aku tu. lupekan je la.

Blog, arini aku nak cerita pasal aku. cewah. aku nak citer pasal gadis idaman aku, walaupun aku tak hensem jangan ingt aku takde perasaan ye blog, aku pun ada naluri lelaki yang sama seperti lelaki lain. cuma aku takde peluang je. kau nak tahu tak ciri2 gadis idaman aku blog?

Yang pertama.....
1) Dia mesti tak hipokrit, aku lebih suka gadis idaman aku perangai seperti diri dia sendiri, aku taknak bila dia dengan kawan dia, perangai lain, tp bila ngan aku perangai lain. aku tak suke. kalau dia ada kelemahan, kelebihan itulah dia, kalau aku pun ada kelemahan dan kelebihan itulah aku. aku tak nak dia bermuka-muka, tunjuk baik depan aku, sedangkan dia jahat di belakang. kita insan yang lama. soo jangan hipokerit yerk. :D

2) seterusnya aku nak yang beriman, agama tak tinggi sangat pun takpe asal benda wajib dia buat sudah la, sebab aku nak dia bentuk dan bimbing aku ke jalan yang benar, menjadi perangsang untuk aku. sebab aku pun bukan perfect sangat, aku pun lalai dalam ibadah. aku harap dengan cara ni aku boleh meningkatkan diri lagi keimanan aku kepada Allah s.w.t.

3) tak pentingkan harta dan paras rupa, aku tahu setiap orang ada keinginan untuk mempunyai kewangan kukuh dan juga memilih pasangan hidup dengan menilai paras rupa. aku takde kedua-dua tu tapi aku insyaAllah boleh bagi apa yang termampu dan terdaya pada orang yang aku sayang.

4) hormat orang tua dan ahli keluarga, aku nak bila dia jadi isteri aku nanti, aku nak dia buat keluarga aku macam keluarga dia sendiri, begitu jugak aku.

5) tak kuat cemburu, aku x suke orang yg kuat cemburu, sebab jenis aku, kalau dah ada sorang, aku tak cari orang lain, aku x buat benda yang boleh menyebabkan hubungan aku renggang dengan gadis idaman aku. tapi aku tak tahu la kalau gadis idaman aku sendiri ni yang ada lelaki lain. aku harap beliau seorang yang setia.

6) tak suka gadis idaman yang suka berahsia, kalau terjadi pape nanti, mungkin dia gunakan modal rahsia dia tu untuk blame aku. "mungkin", aku tak suka bila benda yang tak penting tapi dirahsiakan, sebab tu boleh ganggu emosi aku, kalau setakat nak uji ketulusan cinta aku tu, tak boleh makan punye. kecuali aku terdesak sangat takde duit nak makan. hahaha

7) nak gadis idaman yang sporting, sebab aku berkawan ramai, ngan lelaki dan perempuan, mungkin bagi kite kalau perempuan tengok kita keluar ngan perempuan lain akan timbul rasa cemburu, tp aku nak dia faham bahawa aku mmg seorang yg open minded dan suka berkawan tak kire dengan sesiapa. aku nak dia faham yang itu. begitu juga dengan aku, aku takkan cemburu membabi buta kat gadis idaman aku, selagi tak berlaku perkara buruk dekat beliau, selagi tu aku percayakan dia. Tapi jangan gunakan kepercayaan yg aku berikan itu sebagai alasan untuk masalah yang akan datang.

8) tak suka menojolkan diri pada orang ramai yang kita ni couple, taknak havoc2, buat apa bagitau semua orang, bukan kite dapat ape2 pun, cukup kenalan2 kita je tahu. bukan kite terus kahwin.

9) tak suka couple lama2 kalau boleh bertunang dan sampai masa kahwin

10) yang last skali, sy nak gadis idaman saya terima saya seadanya, cacat buruk baik saya sampai akhirat, begitu juga saya akan menyanyangi diri awak sampailah hembusan nafas terakhir saya. itu yang saya boleh janjikan. Itupun kalau awak tak menduakan saya.


Amacam blog gadis idaman aku? okey tak? mesti kau ingat aku demand kan, kalau kau rasa aku demand, orang lain lagi demand dari aku. huhuhu. tapi ini hanya luahan aku je, aku bukan sape2 cuma menagih cinta pada orang yg tak mengetahui dan tak pasti. aku harap kau faham blog, sebab kau lah saje yg faham aku. stakat ni la. kau mungkin faham betapa sepi bila dipinggirkan kan blog?

Salam

Saturday, October 16, 2010

Sepi...

Salam blog.

lama tak jumpa, last2 skali kite chat pasal kedai makan cekik darah, ye dak? huhuh. Hari ni baru aku teringat kat kau blog, sorry eh, aku sibuk kebelakangan ni, biasalah takde kerja cari kerja. menganggur dah lama, aku apply kerja tak dapat. kau takpe blog, sebab kau ada org jaga, selagi kau tak shutdown slagi tu kau hidup. hahaha ape aku mengarut ni blog.

blog, arini rasa cam sunyi jerk blog. Org lain kluar jalan2 hujung minggu, aku lepak kat umah je, sib baik ayah aku balik dari kl, at least leh gak sembang2 kejap. hurm...

start 17hb oct ni kawan aku dah mula kerja, kwn yg slalu aku lepak siang malam. soo pasni nak kuar siang tak boleh dah, malam xleh lewat2 dah cam dulu. Pasni kompem aku keboringan. nak harapkan kau blog temankan aku lagi la boring. hahah takpe la, nasib baik aku ingatkan kau malam ni.

boring blog, aku x penah rasa boring camni, hari minggu camni nak keluar badan tak larat, satu kerugian la pulak, siang tadi aku buat resume emailkan kat syarikat yg tawarkan kerja kosong, mntak2 dapat la, at least aku x duduk umah je, dah lama gak menganggur ni. takde org nak amk kerja. sedih betul.

soo pasni aku teruskan kerja2 tak berfaedah aku (edit video/shoot video) huuh.

oh yeah blog, 22 oct ni kawan kolej aku Rahim dah nak kawin, bakal isteri nama betul aku lupa, kiteorang panggil Biboh, kwn sekolej jugak, huhuhu tak sangka dah nak kawin. Tahniah lah kat mereka, moga jalani hidup dengan damai dan berpanjangan sepanjang hayat. Amin2.

Blog, bila kau nak kawin? aku tunggu kau kawin dulu baru aku kawin. mesti kau cakap aku gila kan? aku tngh gila malam ni, sebab bosan punya pasal.

topic lain blog, boring2. aku sebenarnya ada penyakit la blog. aku takleh tidur malam terlalu awal cam org normal. insomnia agaknya. mula la siang2 bangun lewat. camne blog? jumpe doctor? hurm.....

blog, aku terus boring dan boring skarang ni, apa nak buat. hurmmm, aku rasa sampai sini je la aku sembang ngan kau, aku tanya kau bukan kau balas. kadang2 kau ni buat aku sakit hati je. poora. nantia ku melawat kau lagi k. tu pun kalau aku ingatkan kau, aku rasa kau pun tak ingatkan aku kan. hahaha. k blog. bye.