Sunday, October 17, 2010

My Truly Angel

Assalamualaikum.

dear blog,

Awal2 dah speaking mat salleh yaacoob. hahha. ape kabo? sehat blog? aku tahu kau tak pernah sakit. takpe la nak wat camne kan kau takde badan. hahaha lagi mengarut.

Blog, tadi aku kuar ngan kawan aku lewat malam, minum2 cerita kedai kopi. huhuh kesian kawan aku ada masalah ngan gf baru dia. baru kenal 2 minggu tp dah ada masalah. problem dia adalah gf tak percaya atau lebih tepat lagi tak yakin dengan kawan aku ni. kesian la plak kawan aku ni kan. huuhuh malas nak citer sapa nama kawan aku tu. lupekan je la.

Blog, arini aku nak cerita pasal aku. cewah. aku nak citer pasal gadis idaman aku, walaupun aku tak hensem jangan ingt aku takde perasaan ye blog, aku pun ada naluri lelaki yang sama seperti lelaki lain. cuma aku takde peluang je. kau nak tahu tak ciri2 gadis idaman aku blog?

Yang pertama.....
1) Dia mesti tak hipokrit, aku lebih suka gadis idaman aku perangai seperti diri dia sendiri, aku taknak bila dia dengan kawan dia, perangai lain, tp bila ngan aku perangai lain. aku tak suke. kalau dia ada kelemahan, kelebihan itulah dia, kalau aku pun ada kelemahan dan kelebihan itulah aku. aku tak nak dia bermuka-muka, tunjuk baik depan aku, sedangkan dia jahat di belakang. kita insan yang lama. soo jangan hipokerit yerk. :D

2) seterusnya aku nak yang beriman, agama tak tinggi sangat pun takpe asal benda wajib dia buat sudah la, sebab aku nak dia bentuk dan bimbing aku ke jalan yang benar, menjadi perangsang untuk aku. sebab aku pun bukan perfect sangat, aku pun lalai dalam ibadah. aku harap dengan cara ni aku boleh meningkatkan diri lagi keimanan aku kepada Allah s.w.t.

3) tak pentingkan harta dan paras rupa, aku tahu setiap orang ada keinginan untuk mempunyai kewangan kukuh dan juga memilih pasangan hidup dengan menilai paras rupa. aku takde kedua-dua tu tapi aku insyaAllah boleh bagi apa yang termampu dan terdaya pada orang yang aku sayang.

4) hormat orang tua dan ahli keluarga, aku nak bila dia jadi isteri aku nanti, aku nak dia buat keluarga aku macam keluarga dia sendiri, begitu jugak aku.

5) tak kuat cemburu, aku x suke orang yg kuat cemburu, sebab jenis aku, kalau dah ada sorang, aku tak cari orang lain, aku x buat benda yang boleh menyebabkan hubungan aku renggang dengan gadis idaman aku. tapi aku tak tahu la kalau gadis idaman aku sendiri ni yang ada lelaki lain. aku harap beliau seorang yang setia.

6) tak suka gadis idaman yang suka berahsia, kalau terjadi pape nanti, mungkin dia gunakan modal rahsia dia tu untuk blame aku. "mungkin", aku tak suka bila benda yang tak penting tapi dirahsiakan, sebab tu boleh ganggu emosi aku, kalau setakat nak uji ketulusan cinta aku tu, tak boleh makan punye. kecuali aku terdesak sangat takde duit nak makan. hahaha

7) nak gadis idaman yang sporting, sebab aku berkawan ramai, ngan lelaki dan perempuan, mungkin bagi kite kalau perempuan tengok kita keluar ngan perempuan lain akan timbul rasa cemburu, tp aku nak dia faham bahawa aku mmg seorang yg open minded dan suka berkawan tak kire dengan sesiapa. aku nak dia faham yang itu. begitu juga dengan aku, aku takkan cemburu membabi buta kat gadis idaman aku, selagi tak berlaku perkara buruk dekat beliau, selagi tu aku percayakan dia. Tapi jangan gunakan kepercayaan yg aku berikan itu sebagai alasan untuk masalah yang akan datang.

8) tak suka menojolkan diri pada orang ramai yang kita ni couple, taknak havoc2, buat apa bagitau semua orang, bukan kite dapat ape2 pun, cukup kenalan2 kita je tahu. bukan kite terus kahwin.

9) tak suka couple lama2 kalau boleh bertunang dan sampai masa kahwin

10) yang last skali, sy nak gadis idaman saya terima saya seadanya, cacat buruk baik saya sampai akhirat, begitu juga saya akan menyanyangi diri awak sampailah hembusan nafas terakhir saya. itu yang saya boleh janjikan. Itupun kalau awak tak menduakan saya.


Amacam blog gadis idaman aku? okey tak? mesti kau ingat aku demand kan, kalau kau rasa aku demand, orang lain lagi demand dari aku. huhuhu. tapi ini hanya luahan aku je, aku bukan sape2 cuma menagih cinta pada orang yg tak mengetahui dan tak pasti. aku harap kau faham blog, sebab kau lah saje yg faham aku. stakat ni la. kau mungkin faham betapa sepi bila dipinggirkan kan blog?

Salam

Saturday, October 16, 2010

Sepi...

Salam blog.

lama tak jumpa, last2 skali kite chat pasal kedai makan cekik darah, ye dak? huhuh. Hari ni baru aku teringat kat kau blog, sorry eh, aku sibuk kebelakangan ni, biasalah takde kerja cari kerja. menganggur dah lama, aku apply kerja tak dapat. kau takpe blog, sebab kau ada org jaga, selagi kau tak shutdown slagi tu kau hidup. hahaha ape aku mengarut ni blog.

blog, arini rasa cam sunyi jerk blog. Org lain kluar jalan2 hujung minggu, aku lepak kat umah je, sib baik ayah aku balik dari kl, at least leh gak sembang2 kejap. hurm...

start 17hb oct ni kawan aku dah mula kerja, kwn yg slalu aku lepak siang malam. soo pasni nak kuar siang tak boleh dah, malam xleh lewat2 dah cam dulu. Pasni kompem aku keboringan. nak harapkan kau blog temankan aku lagi la boring. hahah takpe la, nasib baik aku ingatkan kau malam ni.

boring blog, aku x penah rasa boring camni, hari minggu camni nak keluar badan tak larat, satu kerugian la pulak, siang tadi aku buat resume emailkan kat syarikat yg tawarkan kerja kosong, mntak2 dapat la, at least aku x duduk umah je, dah lama gak menganggur ni. takde org nak amk kerja. sedih betul.

soo pasni aku teruskan kerja2 tak berfaedah aku (edit video/shoot video) huuh.

oh yeah blog, 22 oct ni kawan kolej aku Rahim dah nak kawin, bakal isteri nama betul aku lupa, kiteorang panggil Biboh, kwn sekolej jugak, huhuhu tak sangka dah nak kawin. Tahniah lah kat mereka, moga jalani hidup dengan damai dan berpanjangan sepanjang hayat. Amin2.

Blog, bila kau nak kawin? aku tunggu kau kawin dulu baru aku kawin. mesti kau cakap aku gila kan? aku tngh gila malam ni, sebab bosan punya pasal.

topic lain blog, boring2. aku sebenarnya ada penyakit la blog. aku takleh tidur malam terlalu awal cam org normal. insomnia agaknya. mula la siang2 bangun lewat. camne blog? jumpe doctor? hurm.....

blog, aku terus boring dan boring skarang ni, apa nak buat. hurmmm, aku rasa sampai sini je la aku sembang ngan kau, aku tanya kau bukan kau balas. kadang2 kau ni buat aku sakit hati je. poora. nantia ku melawat kau lagi k. tu pun kalau aku ingatkan kau, aku rasa kau pun tak ingatkan aku kan. hahaha. k blog. bye.

Sunday, April 11, 2010

:: sekeluarga melopong dan me-nga-nga ::

tajuk entri kali ni sangat seronok dan kelakar.nak cakap cerita baru, tak juga. cerita lama, tak juga. yang penting nak story cerita ni.
TEMPAT : Warung Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
PIHAK TERLIBAT : Saya sekeluarga dan pekerja kedai yang propaganda
WAKTU : Lewat tengah hari
cerita begini. selepas selesai solat zohor, aku sekeluarga bercadang nak makan tengah hari. pilih punya pilih, warung ini berjaya menambat hati kami sekeluarga di sebabkan pakcik yang berseri-seri memanggil kami untuk makan disitu. ramah sangat pak cik tu!!!pandai pikat hati kami sekeluarga sampai kami tertipu!!!fine!!semakin geram ni!!!
macam mana tak tertipu, memanggil nama kami dengan pelbagai nama artis.
  1. SAYA – sebagai Faizal Tahir
  2. KAKAK – sebagai Syafinaz Selamat
  3. ADIK LELAKI 1 – sebagai Anuar Zain
  4. ADIK LELAKI 2 – sebagai Jehan Miskin
  5. ADIK POMPUAN – sebagai Farah Fauzana
  6. IBU AYAH – sebagai CIKGU!!!
fine!!!teknik pak cik ni sangat bergaya dan berjaya!!!kami kembang la kiranya!!!muahahaha
tunggu la pak cik, percutian akan datang, kami akan datang membalas dendam!!!setelah berjaya menambat hati kami sekeluarga, kami pun order la makanan. itu, ini..tunggu punya tunggu, sangat lama ye!!!30 minit.makanan sampai.nak expect apa??sedap macam hotel 5 bintang?tak la.biasa-biasa je la.boleh makan.okay je makanannya.
susana kedai.tak bersih mana pun!kucing sana sini. tukang masak nampak vounge tapi jerk!ahahahaha.setelah puas makan and melantak. nah!!!ambil ni!!!BIL UNTUK ANDA SEKELUARGA di kedai MAKAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU.
ibu terlopong,
saya menga-nga,
kakak terkebil2,
ayah tersipu-sipu!!!
OMG!!!DAHSYAT ye kami makan!!!!
dengan servis yang 0.25/10 bintang. makanan 2/10 bintang. harga??10/10 BINTANG okay.
pak cik tu, pandai cover sangat-sangat.
“cikgu-cikgu, boleh saya tolong?”,
“jehan miskin what drink please?”,
“farah fauzana cantik sangat hari ni”,
“faizal tahir, can i help u”…
what the ***** pakcik!!!anda sangat propaganda ye!!!berpura-pura sangat.pandai cover.cakap english lagi!!!gituu!!!kelas pakcik ni!!kami membayar dan berlalu dengan muka terkejut macam makan mangga muda yang baru tumbuh!!!
awas rakan-rakan.jangan tertipu seperti keluarga saya!!!

sumber dari : http://bereh.org/isu-semasa/sekeluarga-melopong-dan-me-nga-nga

Friday, March 19, 2010

KEKASIH GELAPKU!!!


Hye. Wassup2 Brasup Bleh Blah Kot Tingkap Yo~!~

Ape khabar semua semoga sehat2 selalu. hari ini hari-hari. sry mengarut skit.

Hah arini aku nk kongsi ngan korang ape itu topic kekasih gelapku. biasanya orang sblom kapel2 ni ade kekasih gelap, maksudnya disini sblom seseorang tu declare seseorang tu, seseorang tu mesti simpan hati kat seseorang tu dan itulah dipanggil kekasih gelap. Tul tak? kalau salah sila comment saya.

Hah sebenarnye topic ni ade gak baik dan buruknya, tetapi aku rasa la kan, banyak kepada keburukkan la, sebab ape? yg baik ciput je. Baiknye korang leh buatkan kekasih gelap korang tu sebagai idola ke, inspirasi ke etc yg baik2, tp cuba korang pkir, kalau korang buatkan kekasih gelap korang ni sebagai target utk korang punya pasangan akan datang, kalau cinta korang tak terbalas? bertepuk sebelah tangan? sape yg merana? orang yg kita minat tu tak layan pun, kita shok sendiri. ha? sape nak jawab?.

Contohlah korang ade kekasih gelap dalam fb ke ms ke fs ke, tp korang tak berani bagitau, tup2 dia dah ade pakwe@makwe, tak ke frust nonggeng korang? haaaa tu leh jadi racun tau dlm badan.

soo ni aku nak bagi langkah2 dan cara2 untuk menyelesaikan masalah ni. korang mestilah berani, jujur, terus terang, dan menghormati keputusan kekasih gelap anda jika jawapanya tidak memuaskan hati anda. berterusterang dengan KG a.k.a "Kekasih Gelap" anda dan katakan padanya, i suka kat u dalam diam2 sblom ni tp i tak brani bagitau u takot u takleh terima i. haaaaaa camtu, kalau dia ckp dia tak sedia maknanya ada CAN lagi la tu, tp jagan memaksa tau. Kalau dia ckp dah ade pakwe@makwe soo just give up la, jgn kacau hubungan orang lain, kalau org kacau hubungan kita camne? tak ke berdose? ye dak?

k mls nk taip, korang pkir2 la benda2 positif, aku malas ah nk tlg korang kalau korang tak tlg diri sendiri. ade pape just contact me kat KauTanyeLaSendiri@taktahoo.com

babai. Salam

~Oley~

Thursday, March 18, 2010

17/3/2010 Dota Tournament CC Tajibizz



Huh lambat skit type blog utk 17 haribulan. BiASA LAH kemalasan melanda diri. hah ni nak citer. hari ini aku sepanjang hari kat cyber cafe kat rumah aku, coz ade event game DOTA. bwat kecik2 je tak besar sangat. soo main sampai petang dlm kol 7 camtu la. pastu kol 9 malam kiteorang celebrate kat KFC makan besar kaw2 punye. pergh. credit to Radee yg sponsor event kali nih.

Rasanya tak banyak nak taip, mesti nak tahu sape menang kan? haaaa tentu la AKU kalah. hahahha. event ni takde menang takde kalah sebenarnye, just for fun. ape yg penting mmg hari ni hari paling ceria untuk bulan 3 akui. hahaha. daaaa~~~~

-Oley~

Monday, March 1, 2010

1 march. awal bulan yg ada improvement.

salam skali lagi pada blog aku yg tercinta. walaupun kau hanyalah sebuah blog, tp kau amat diperlukan masa2 begini, kerana aku tiadak shiapa2 utk bercerita. hahaha.

malam td dlm pkol 8.30 mlm aku p amik arina kat rumahnya kat bukit besar k.t. (waris jari hantu aku) lama tak jumpe saudara. Kuar p makan kfc kat mydin mall, aku gak kene ketuk, nnt aku nak suh dia blanje balik kat mane2 xkesah la. mkn2 sembang2 sampai la dkt kol 10.30 aku hantar balik coz kol 11 aku nk pegi main badminton kat wakaf mempelam dengan syuib n bdk2 office dia. sampai la kol 1.

balik mandi2 main dota pastu kol 2 lbih behenti dan skarang aku tulis blog. hakikatnya harini ada lah skit perubahan, kluar gak umah akhirnya setelah sminggu lbih takde aktiviti. oh lupe qaliq mmber kolej pun ade pegi main badminton, tp nak keter asing2. sblom balik singgah jap kat 7eleven bukit bayas bli air. n terus balik rumah.

masa siang hari malas la nak citer, boring siot, kol 11 bgn dari tdo pastu main komputer sampai la petang tak pegi mana2, duk umah je. laptop tngk aku, aku tngk laptop. tv pun same je kejenya.

dan waktu skarang dlm kol 3.00 pagi, ni guna komputer kat atas biasa main laptop kat bawah, soo tak tahu jam betul ke tak, now i tngh tulis blog. huh, boring siot rutine harian harini kan? tp ape2 pun paling best citer Na O Mei ptg td, skit lagi part nk jumpe balik semua ahli keluarga. tak sabar tunggu esok.

k la nak tutup dah ni, pasal blog GEMOK tu mls nak sambung, ade mood baru sambung k. bye2 salam, nk main facebook jap pastu tido. daa.

-oley-

Sunday, February 28, 2010

hari2 yg memBORINGkan

today is da boring day.

still same dengan yg lepas.

kluar ngan ayah je 2 kali arini. oh kol 12+ ngan kawan skolah ku "rozi a.k.a razi" ngan ikhwan p minum2 release tensyen dengan keadaan rumah yg panas takde pape.

last thing i buat before tulis blog ni main dota. itupun boring.

now i nak p tido.

the moral of da story, today vry boring.

Saturday, February 27, 2010

Fakta Kehidupan Orang Gemok

Assalamualaikum skali lagi diary.

kali ni aku nak citerkan dan luahkan dan describekan kehidupan aku sebagai seorang yg gemok dalam jangaka masa 15 tahun ini, 5 tahun sblomnye aku kurus je.

ok, mengikut kajian yg aku tngk la yerk... dari segi pergaulan orang² gemok ni, org gemok mudah dibuat kawan, ni pendapat aku la, ia bergantung pada perwatakan orang tu, contohnye dia tu happening ke, pendiam ke tak pendiam ke ape2 je la. kalau yg jenis cpt mesra dengan orang, biasanya dia la yang mudah dapat kawan. "korang paham la tu kan".
Kebiasaanya orang gemuk ni jarang tegor orang dahulu, biasanya dia tnggu orang tegor dia dlu, sbb 1st impression dia mungkin dia takot orang tak suka dia bila dia tegor ke ape ke kan, biasalah orang tak lawa tak hensem sape nak tegor kan. soo cara dia berlainan skit ngan orang lain.


dari segi gaya hidup dan cara idup plak, kebiasaanya orang gemok ni malas dan benda2 yg tak baik semua title dipegang kat orang gemok, tapi korang tahu tak yg orang gemok ni kelebihan dia lebih hebat berbanding orang2 biasa? itu korang kne kaji sendiri kawan2 korang yang gemok tu. Melihat pada pemakaian/dressing org gemok ni biasanya baju n seluar besar2 la. 2 3 kali ganda mayB org biasa. Tapi bukankan itu special namanye? hahaha. biasa orang gemok tak memilih dressing, sebab biasalah pasaran terhad utk golongan macam ni di pasaran. soo tak banyak choice.

untuk dari segi friendship plak, yg ni gua respect dan tabik spring, biasanya orang gemok bila berkawan diorang akan setia sangat ngan kawan dia. coz kalau diorang hilang kawan2 diorang, susah nak dapatkan kawan baru. maklumlah dah la diorang ni slef confident low, nk berkenalan ngan rakan baru plak kne ambik masa yg lame. ni utk kebiasaanya la. sebab itu kalau kite tengok kat mana2, group2 yg berkawan ni mesti ade yg gemok sorang. mungkin sebab ini golongan macam ni penting bagi mereka2 di luar sana, ia lah digunakan sebagai tempat mengadu, menyimpan rahsia, dan sebagainya la.

kadang2 orang tengok org gemok ni kedekut kan, tp sebenarnya tak. kalau kita fahami dengan betul2, golongan ini suka berkongsi. sangat setia dan sangat carring. tp biasalah rupa paras menjadi ukuran bagi 1st impression.

bab bercinta plak benda ni failed bagi golongan ini. kalau nak tnggu dapat makwe/pakwe kompem susah, coz lvl of confident nak tackle seseorang mmg takde langsung. sedangkan mengikut kajian yang saya baca dalam internet, orang gemok ini kalau bercinta dengan pasangannya boleh kekal sampai ke akhir hayat. humor dalam diri diorang ni mmg macam tu kot, bayangkan orang gemok yg susah nak dapat pasangan, dia akan sayang pasangan dia tu sampai bila2 bcoz, kalau tejadi ape2 kat pasangan dia, dia nak cari pengganti susah. ini mmg terbukti yek, sbb tu kalau korang prasan ade tak orang2 gemok kawin lebih dari 1? atau curan la senang cite. ade tak ? jarang skali kan?. "soo nak bercinta cari la orang2 yg gempal, x hensem skit pom takde masalah janji bleh jaga korang sampai mati".

bercerita tentang kelebihan orang gemok plak, korang prasan tak golongan ini kebanyakkanya org berjaya dan mempunyai bakat yg tersendiri. contohnya la, adibah noor, bob af, afdlin shauki, harith iskandar, bob ku2 dan ramai lagi. mereka2 ini mempunyai bakat dan ada antara mereka yg menempa nama di pentas tertinggi. sungguh mengkagumkan.

hey , penat menaip. ape kate kite sambung laen kali plak. see u again. bye2.

Some Chapter On My Life

assalamualaikum....

dear blog, walaupun rasa segan nak cerita hal peribadi kat sini, tapi rasanya puas hati bila dapat luahkan segalanya. bayangkan, sedangkan kentut yg di tahan boleh menyakitkan perut, inikan pula luka yang parah di dalam dada dipendam terlalu rama yg boleh mengakibatkan kesakitan yg teramat sangat.

this part i wan to storykan ape yg i tak puas hati dalam diri i selama ini, tp tak la kesemuanya. i got family, i got fren, my life pun tak susah sngt mcm keluarga org lain yg terdesak mencari rezeki siang dan malam. keluarga i idup dlm kesederhanaan sahaja, masalah tak la besar sangat berbanding dengan orang lain yg memerlukan ekonomi yg kukuh dalam kepentingan harian mereka. Tetapi dalam kesenangan ini pun ade aje masalah yg dihadapi orang2 mcm aku ni.

kali ni aku nak luahkan ape yang aku mushkil dan ape yg aku tak faham tentang rakan2 aku dan orang di sekeliling aku. adekah aku ini orang yang sukar difahami atau aku yang sukar memahami orang disekeliling aku?. hakikatnya 2 perkara ini memang benar2 berlaku kepada aku semenjak 2menjak ini.

dalam 4/5 minggu ini aku rasa macam persahabatan aku dan rakan2 biasa aku agak kurang mesra berbanding dahulu. aku pun mushkil, aku tak pernah tanye diorang knape, dan diorang pun tak cakap ape masalah. mungkin aku je prasan camtu dan mungkin diroang takde pape @ they bz ngan keje2 lain. tp aku rasakan macam aku dipinggirkan seketika.

mereka perlukan aku bila mereka betul2 perlukan aku, mereka ingat aku bila mereka teringat kat aku, tp adakah mereka ingat aku bila mereka tidak mengingati aku? aku pun pening dengan persoalan aku.

secara jujurnya aku mengaku jika aku melakukan sebarang kesilapan tegurlah aku, kerana aku hanya manusia biasa yang tidak menyedari akan kesilapan yang dilakukan walaupun ianya sedikit sebanyak melukakan atau menjadikan keadaan tidak baik.

jika aku sebuah komputer yang mampu menyimpan ingatan yang mudah dicari dan mudah dibaca semula, akan aku perbetulkan kesilapan aku. kamu2 sebagai rakan2ku yang mengenali hati budi aku berikanlah aku kesempatan utk memperbetulkan keadaan jika aku mempunyai persengketaan atau permasalah dalam hidup kamu wahai sahabat2ku.


ingatlah, aku hanya manusia yang tak mampu mempunyai sifat sempurna yang boleh memuaskan hati semua orang. bimbing aku jika sesat, ajar aku jika x pandai, ingatkan aku jika aku leka.

-oley-