Sunday, October 17, 2010

My Truly Angel

Assalamualaikum.

dear blog,

Awal2 dah speaking mat salleh yaacoob. hahha. ape kabo? sehat blog? aku tahu kau tak pernah sakit. takpe la nak wat camne kan kau takde badan. hahaha lagi mengarut.

Blog, tadi aku kuar ngan kawan aku lewat malam, minum2 cerita kedai kopi. huhuh kesian kawan aku ada masalah ngan gf baru dia. baru kenal 2 minggu tp dah ada masalah. problem dia adalah gf tak percaya atau lebih tepat lagi tak yakin dengan kawan aku ni. kesian la plak kawan aku ni kan. huuhuh malas nak citer sapa nama kawan aku tu. lupekan je la.

Blog, arini aku nak cerita pasal aku. cewah. aku nak citer pasal gadis idaman aku, walaupun aku tak hensem jangan ingt aku takde perasaan ye blog, aku pun ada naluri lelaki yang sama seperti lelaki lain. cuma aku takde peluang je. kau nak tahu tak ciri2 gadis idaman aku blog?

Yang pertama.....
1) Dia mesti tak hipokrit, aku lebih suka gadis idaman aku perangai seperti diri dia sendiri, aku taknak bila dia dengan kawan dia, perangai lain, tp bila ngan aku perangai lain. aku tak suke. kalau dia ada kelemahan, kelebihan itulah dia, kalau aku pun ada kelemahan dan kelebihan itulah aku. aku tak nak dia bermuka-muka, tunjuk baik depan aku, sedangkan dia jahat di belakang. kita insan yang lama. soo jangan hipokerit yerk. :D

2) seterusnya aku nak yang beriman, agama tak tinggi sangat pun takpe asal benda wajib dia buat sudah la, sebab aku nak dia bentuk dan bimbing aku ke jalan yang benar, menjadi perangsang untuk aku. sebab aku pun bukan perfect sangat, aku pun lalai dalam ibadah. aku harap dengan cara ni aku boleh meningkatkan diri lagi keimanan aku kepada Allah s.w.t.

3) tak pentingkan harta dan paras rupa, aku tahu setiap orang ada keinginan untuk mempunyai kewangan kukuh dan juga memilih pasangan hidup dengan menilai paras rupa. aku takde kedua-dua tu tapi aku insyaAllah boleh bagi apa yang termampu dan terdaya pada orang yang aku sayang.

4) hormat orang tua dan ahli keluarga, aku nak bila dia jadi isteri aku nanti, aku nak dia buat keluarga aku macam keluarga dia sendiri, begitu jugak aku.

5) tak kuat cemburu, aku x suke orang yg kuat cemburu, sebab jenis aku, kalau dah ada sorang, aku tak cari orang lain, aku x buat benda yang boleh menyebabkan hubungan aku renggang dengan gadis idaman aku. tapi aku tak tahu la kalau gadis idaman aku sendiri ni yang ada lelaki lain. aku harap beliau seorang yang setia.

6) tak suka gadis idaman yang suka berahsia, kalau terjadi pape nanti, mungkin dia gunakan modal rahsia dia tu untuk blame aku. "mungkin", aku tak suka bila benda yang tak penting tapi dirahsiakan, sebab tu boleh ganggu emosi aku, kalau setakat nak uji ketulusan cinta aku tu, tak boleh makan punye. kecuali aku terdesak sangat takde duit nak makan. hahaha

7) nak gadis idaman yang sporting, sebab aku berkawan ramai, ngan lelaki dan perempuan, mungkin bagi kite kalau perempuan tengok kita keluar ngan perempuan lain akan timbul rasa cemburu, tp aku nak dia faham bahawa aku mmg seorang yg open minded dan suka berkawan tak kire dengan sesiapa. aku nak dia faham yang itu. begitu juga dengan aku, aku takkan cemburu membabi buta kat gadis idaman aku, selagi tak berlaku perkara buruk dekat beliau, selagi tu aku percayakan dia. Tapi jangan gunakan kepercayaan yg aku berikan itu sebagai alasan untuk masalah yang akan datang.

8) tak suka menojolkan diri pada orang ramai yang kita ni couple, taknak havoc2, buat apa bagitau semua orang, bukan kite dapat ape2 pun, cukup kenalan2 kita je tahu. bukan kite terus kahwin.

9) tak suka couple lama2 kalau boleh bertunang dan sampai masa kahwin

10) yang last skali, sy nak gadis idaman saya terima saya seadanya, cacat buruk baik saya sampai akhirat, begitu juga saya akan menyanyangi diri awak sampailah hembusan nafas terakhir saya. itu yang saya boleh janjikan. Itupun kalau awak tak menduakan saya.


Amacam blog gadis idaman aku? okey tak? mesti kau ingat aku demand kan, kalau kau rasa aku demand, orang lain lagi demand dari aku. huhuhu. tapi ini hanya luahan aku je, aku bukan sape2 cuma menagih cinta pada orang yg tak mengetahui dan tak pasti. aku harap kau faham blog, sebab kau lah saje yg faham aku. stakat ni la. kau mungkin faham betapa sepi bila dipinggirkan kan blog?

Salam

No comments: