Saturday, February 27, 2010

Some Chapter On My Life

assalamualaikum....

dear blog, walaupun rasa segan nak cerita hal peribadi kat sini, tapi rasanya puas hati bila dapat luahkan segalanya. bayangkan, sedangkan kentut yg di tahan boleh menyakitkan perut, inikan pula luka yang parah di dalam dada dipendam terlalu rama yg boleh mengakibatkan kesakitan yg teramat sangat.

this part i wan to storykan ape yg i tak puas hati dalam diri i selama ini, tp tak la kesemuanya. i got family, i got fren, my life pun tak susah sngt mcm keluarga org lain yg terdesak mencari rezeki siang dan malam. keluarga i idup dlm kesederhanaan sahaja, masalah tak la besar sangat berbanding dengan orang lain yg memerlukan ekonomi yg kukuh dalam kepentingan harian mereka. Tetapi dalam kesenangan ini pun ade aje masalah yg dihadapi orang2 mcm aku ni.

kali ni aku nak luahkan ape yang aku mushkil dan ape yg aku tak faham tentang rakan2 aku dan orang di sekeliling aku. adekah aku ini orang yang sukar difahami atau aku yang sukar memahami orang disekeliling aku?. hakikatnya 2 perkara ini memang benar2 berlaku kepada aku semenjak 2menjak ini.

dalam 4/5 minggu ini aku rasa macam persahabatan aku dan rakan2 biasa aku agak kurang mesra berbanding dahulu. aku pun mushkil, aku tak pernah tanye diorang knape, dan diorang pun tak cakap ape masalah. mungkin aku je prasan camtu dan mungkin diroang takde pape @ they bz ngan keje2 lain. tp aku rasakan macam aku dipinggirkan seketika.

mereka perlukan aku bila mereka betul2 perlukan aku, mereka ingat aku bila mereka teringat kat aku, tp adakah mereka ingat aku bila mereka tidak mengingati aku? aku pun pening dengan persoalan aku.

secara jujurnya aku mengaku jika aku melakukan sebarang kesilapan tegurlah aku, kerana aku hanya manusia biasa yang tidak menyedari akan kesilapan yang dilakukan walaupun ianya sedikit sebanyak melukakan atau menjadikan keadaan tidak baik.

jika aku sebuah komputer yang mampu menyimpan ingatan yang mudah dicari dan mudah dibaca semula, akan aku perbetulkan kesilapan aku. kamu2 sebagai rakan2ku yang mengenali hati budi aku berikanlah aku kesempatan utk memperbetulkan keadaan jika aku mempunyai persengketaan atau permasalah dalam hidup kamu wahai sahabat2ku.


ingatlah, aku hanya manusia yang tak mampu mempunyai sifat sempurna yang boleh memuaskan hati semua orang. bimbing aku jika sesat, ajar aku jika x pandai, ingatkan aku jika aku leka.

-oley-

No comments: