Saturday, February 27, 2010

Fakta Kehidupan Orang Gemok

Assalamualaikum skali lagi diary.

kali ni aku nak citerkan dan luahkan dan describekan kehidupan aku sebagai seorang yg gemok dalam jangaka masa 15 tahun ini, 5 tahun sblomnye aku kurus je.

ok, mengikut kajian yg aku tngk la yerk... dari segi pergaulan orang² gemok ni, org gemok mudah dibuat kawan, ni pendapat aku la, ia bergantung pada perwatakan orang tu, contohnye dia tu happening ke, pendiam ke tak pendiam ke ape2 je la. kalau yg jenis cpt mesra dengan orang, biasanya dia la yang mudah dapat kawan. "korang paham la tu kan".
Kebiasaanya orang gemuk ni jarang tegor orang dahulu, biasanya dia tnggu orang tegor dia dlu, sbb 1st impression dia mungkin dia takot orang tak suka dia bila dia tegor ke ape ke kan, biasalah orang tak lawa tak hensem sape nak tegor kan. soo cara dia berlainan skit ngan orang lain.


dari segi gaya hidup dan cara idup plak, kebiasaanya orang gemok ni malas dan benda2 yg tak baik semua title dipegang kat orang gemok, tapi korang tahu tak yg orang gemok ni kelebihan dia lebih hebat berbanding orang2 biasa? itu korang kne kaji sendiri kawan2 korang yang gemok tu. Melihat pada pemakaian/dressing org gemok ni biasanya baju n seluar besar2 la. 2 3 kali ganda mayB org biasa. Tapi bukankan itu special namanye? hahaha. biasa orang gemok tak memilih dressing, sebab biasalah pasaran terhad utk golongan macam ni di pasaran. soo tak banyak choice.

untuk dari segi friendship plak, yg ni gua respect dan tabik spring, biasanya orang gemok bila berkawan diorang akan setia sangat ngan kawan dia. coz kalau diorang hilang kawan2 diorang, susah nak dapatkan kawan baru. maklumlah dah la diorang ni slef confident low, nk berkenalan ngan rakan baru plak kne ambik masa yg lame. ni utk kebiasaanya la. sebab itu kalau kite tengok kat mana2, group2 yg berkawan ni mesti ade yg gemok sorang. mungkin sebab ini golongan macam ni penting bagi mereka2 di luar sana, ia lah digunakan sebagai tempat mengadu, menyimpan rahsia, dan sebagainya la.

kadang2 orang tengok org gemok ni kedekut kan, tp sebenarnya tak. kalau kita fahami dengan betul2, golongan ini suka berkongsi. sangat setia dan sangat carring. tp biasalah rupa paras menjadi ukuran bagi 1st impression.

bab bercinta plak benda ni failed bagi golongan ini. kalau nak tnggu dapat makwe/pakwe kompem susah, coz lvl of confident nak tackle seseorang mmg takde langsung. sedangkan mengikut kajian yang saya baca dalam internet, orang gemok ini kalau bercinta dengan pasangannya boleh kekal sampai ke akhir hayat. humor dalam diri diorang ni mmg macam tu kot, bayangkan orang gemok yg susah nak dapat pasangan, dia akan sayang pasangan dia tu sampai bila2 bcoz, kalau tejadi ape2 kat pasangan dia, dia nak cari pengganti susah. ini mmg terbukti yek, sbb tu kalau korang prasan ade tak orang2 gemok kawin lebih dari 1? atau curan la senang cite. ade tak ? jarang skali kan?. "soo nak bercinta cari la orang2 yg gempal, x hensem skit pom takde masalah janji bleh jaga korang sampai mati".

bercerita tentang kelebihan orang gemok plak, korang prasan tak golongan ini kebanyakkanya org berjaya dan mempunyai bakat yg tersendiri. contohnya la, adibah noor, bob af, afdlin shauki, harith iskandar, bob ku2 dan ramai lagi. mereka2 ini mempunyai bakat dan ada antara mereka yg menempa nama di pentas tertinggi. sungguh mengkagumkan.

hey , penat menaip. ape kate kite sambung laen kali plak. see u again. bye2.

No comments: