Tuesday, May 26, 2009

Kereta Hazlan Dikatakan Disita Lagi


Kuala Terengganu : Cik Kiah dengar kereta Lamborghini Kuning yang dimiliki oleh Hazlan (Jutawan Usahawan Muda) itu dikatakan disita sekali lagi oleh pihak JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Dikatakan kereta tersebut tidak boleh dihidupkan oleh pihak berkuasa semasa ianya dirampas. Ini kerana kereta berkenaan memerlukan cap jari pemiliknya untuk menghidupkan enjin kereta tersebut. Hazlan dikatakan tidak memberi kerjasama kepada pihak JPJ untuk menghidupkan kereta tersebut. Lalu kereta tersebut diberikan semula kepada Hazlan dan pihak JPJ meminta maaf atas kesilapan yang berlaku. Kerana pihak berkuasa JPJ tersebut menganggap kereta tersebut adalah barangan seludup dari luar negara. Maka dengan itu Hazlan terlepas daripada "road block" dan diluluskan oleh JPJ.
Sekian berita bernama.
"Hanya lawak semata-mata"

No comments: