Monday, January 10, 2011

Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya ngin ucapkan ribuan terima kasih kepada CST Production & Lyndarahim Kuala Lumpur yang telah mengadakan pertandingan seperti ini. Ini adalah pertandingan pertama yang saya sertai sejak saya mempunyai Facebook sebab jarang ada benda-benda macam ni dan hadiah untuk pertandingan ni amatlah menarik. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada CST Production & Lyndarahim Kuala Lumpur atas menganjurkan pertandingan yang MANTOP ini.

Tajuk Yang Diberikan

Pilih salah satu tajuk di bawah dan olahkan secara paling creative di dalam blog anda atau facebook notes:
1) My Dreams "Wedding". (anda boleh ceritakan konsep wedding yang anda impikan)
2) My Dreams "Love Story". (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda)

Tajuk Pilihan Saya adalah yang ke-2 : My Dreams "Love Story"

--------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, saya azri, saya tak pernah bercinta, tapi saya mahukan sebuah cinta yang romantik gila2 punya. Tapi tak tahu la kalau ianya ada ke tak kan. hurmmm kalau boleh saya nak pasangan saya tu cintakan saya sepenuh jiwa dan raganya, tak kira la rupa paras saya macam mana. Kalau boleh cinta pandang pertama itu lagi bagus.

Lepas tu dalam kepala saya ni, kalau saya nak lamar dia, saya akan lamar dengan menggunakan cara paling romantik. Saya nak bawak dia pergi ke sebuah jeti, dan pasang belon warna warni dan lilin di sekeliling jeti tu. Kat tengah2 jeti tu saya letakkan sekeping kad dan cincin. Dalam kad tu tertulis "kalau awak sudi terima saya, pakai la cincin ni, kalau tak awak tiup lilin dan pecahkan belon" hahahah. okey tak macam tu?



Tapi sebelum tu saya nak bagitau yang saya impikan seorang gadis yang comel, bertudung, berbudi bahasa, memahami, hormat orang tua, tak kuat cemburu, pandai agama dan..... ok la tu, dah cukup.

1st benda yang saya akan buat kalau kapel dengan dia saya nak bawak dia pergi tengok wayang, tengok citer2 romantik ke comedy ke. Ikut atas selera dia la, dia suka movie jenis macam mana kan. Lepas tengok wayang kalau bole nak bawak dia pergi makan2 pulak, sambil2 tu boleh bercerita tentang movie yang kiteorang tengok tadi, sambil gelak2. hahaha. Mesti romantik. Sambil2 Bercerita tu, selit la skit suasana romantik, saya akan tanya dia awak sukakan saya tak? kalau boleh tanya sampai dia malu2 merah padam gitu pipi dia. huhuhu. Jahat.



Lagi saya akan bawa dia pergi jalan2 kat tempat2 menarik, shopping ke, bersiar2 ke, kalau shopping saya mest bli dia sesuatu utk bawa pulang, nanti kalau dia balik dia mesti tengok benda tu dan teringat kat saya malam2. sweetnye. Beli patung ke, bunga ke, ape2 je la.

Dan kalau boleh saya nak buat macam cerita cinta dalam movie tu, bawa dia ke tasik dan menikmati pemandangan sambil merancang masa depan, nak anak berapa ramai, nama apa kalau anak lelaki atau perempuan. Lepas tu nyanyikan dia lagu2 cinta bagi dia dengar, suara saya okey jugak kalau nyanyi, tak la sumbang sangat. Lepas tu kalau dengan izin Allah, biar hari tu hujan, kalau nak masuk kereta saya buat2 kunci tertinggal dalam kereta, haaa kebetulan pulak takde tempat berteduh kat situ. Huhuhuh romantik kan berdua dalam hujan? kesian sejuk pastu demam. Kalau demam saya jaga dia pulak, buatkan bubur ayam, bagi dia makan ubat, picit2 lengan mana tahu lenguh2 kan. Sweet.



Malam2 kami selalu berhubung melalui telefon, borak2 kosong, ucap selamat malam, dan sebagainya. Yang bestnya di hujung perbualan ada sahaja "I Love You" huhuhu sweet kan?.

Kalau gaduh pulak saya akan pujuk dia, kalau lah dia merajuk sebab saya terlalu sibuk dengan kerja, saya akan ambil masa untuk luangkan sedikit utuknya. Buat suprise ke untuk hiburkan hati dia, pompuan kalau sogok dengan suprise mesti cair punya InsyaAllah.

Nanti kalau dah tiba bulan puasa, kami nak berbuka di luar makan sama2, saya nak dia masakkan untuk saya, huh bayangkan dia masak makanan kegemaran saya untuk berbuka, lepas tu saya puji dia masak sedap, mesti dia lagi semangat nak masak lagi. Kenyangnya saya.

Saya bercadang kalau boleh nak bawak dia ke sungai di kampung saya di Terengganu, sana best sangat, happy gila kalau mandi manda kat sana, tak ingat dunia, air yang tenang dan jernih, tapi takde buaya k. Kalau kebetulan dia tergelincir ke tup2 lemas dibawa arus, saya pula datang selamatkannya, tapi sungai tu tak merbahaya sebab arus dia tak deras sangat dan tempat tu kawasan landa je. Mesti dia berterima kasih dengan saya sebab jadi heronya masa tu. Lepas tu saya tanya kat dia apa balasanya sebab saya sudah selamatkan awak? hahaha. Mas kahwin turun harga. yes3.

Kalau main facebook plak, kalau saya tngk dia layan lelaki lain, saya saje2 cari pasal ngan dia buat2 cemburu. Biar dia rasa bersalah, padahal saya okey je. huhuhu.

Kalau dia bad mood plak saya akan buat dia lagi bad mood, saya nak tengok macam mana dia sabar dengan saya, kalau dia lagi badmood saya akan tinggalkan dia. Nanti pandai2 la dia cari saya, tu pun kalau dia rindu kat saya. "gamble gila ni"



Lepas dah puas bercinta pulak, saya dah sedia untuk jadikan dia sebagai isteri saya, saya nak buat sesuatu yang belum pernah orang buat lagi, saya akan hadiahkan seekor kucing parsi putih dalam kotak, di leher kucing tu ada rantai disertakan cincin untuk melamar dan ada sekeping kad ucapan, dalam kad tu pulak saya nak tulis "Wahai wanitaku yang tercantik lagi comel, jika awak sudi menjadi isteri saya sila lah sarungkan cincin yang berada di rantai kucing yang saya hadiahkan ini, jaga lah kucing ini dengan baik2 seperti anak kita sendiri, sesungguhnya cinta kita ini suci dan putih seperti bulu kucing ni kan? jumpa nanti"

Dan bila kami keluar bersama, dia memakai cincin yang diberikan oleh saya tu, itu tandanya dia setuju la. Huhuh, saya pun pegang tangan dia, dan bawa dia belari ke langit. huhuh macam cerita hindustan la pulak.

Dan tiba masanya saya bawa rombongan saya ke rumahnya untuk melamar dan akhirnya kami menjadi sepasang suami isteri yang paling sweet dan comel dalam Malaysia. Yehaaa, dengan anak kucing kami yg comel lagi gegebu.

END.

"jatuh katil dan tersedar dari mimpi"






7 comments:

aima said...

haha...so sweet.....wish your dreams comes true....

best giler,dok seke starang azri terer bab ni.....

wish u win too....

mcmnak join gok....my dream wedding kan....haha

Unknown said...

Weheee....so cute. Memang sangat dreamy. If this is true, the girl in your life would be very lucky :)

Unknown said...

1st comment. yehaa

skieyn said...

cepat2 cari awek.. hahaha.. good luck

What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Anonymous said...

sweet love story!auwww =)

Anonymous said...

GUD LUCK....=)

qeelarabellaBoutique said...

sgggttt cute la u punya stori...sukeee sggtt..cair ibuatnyee..hee...